Kepimpinan dan Organisasi di Sekolah (Perbincangan)

PERBINCANGAN

1. Apakah gaya kepimpinan yang paling sesuai diamalkan oleh pengetua sekolah ?

Gaya kepimpinan yang berkesan untuk dilaksanakan disekolah ialah gaya kepimpinan demokratik. Gaya kepimpinan demokratik merupakan jenis kepimpinan yang lebih liberal. Di mana Pengetua akan berbincang terlebih dahulu dengan para guru, melalui cara ini Pengetua akan menerima dan memberi pandangan beliau terhadap perkara yang dibincangkan. Dan keputusannya adalah berdasarkan persetujuan majoriti. Kepimpinan demokratik ini amatlah digalakkan untuk diguna pakai oleh setiap organisasi kerana ianya menggalakkan percambahan minda serta dapat menerima pandangan dari guru-guru lain. Cara ini mampu memulihkan sesuatu masalah dengan baik kerana setiap guru mempunyai idea dan cadangan masing-masing. Melalui perkongsian idea ni, Pengetua mampu memilih cara yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Pandangan guru yang diberikan akan diambil perhatian oleh pihak pengurusan sekolah. Gaya kepimpinan ini sangat disukai oleh para guru dan staf lain kerana ia lebih banyak berbincang atau membuat keputusan bersama-sama. Dengan ini akan menimbulkan suasana kondusif menyebabkan guru-guru dapat menumpukan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan tenang dan gembira serta semangat yang jitu demi memartabatkan lagi profesion perguruan. Jelaslah, jenis kepimpinan demokratik ini merupakan cara kepimpinan yang terbaik untuk diterapkan di dalam sesebuah organisasi dan Pengetua merupakan individu yang seharusnya memainkan peranan kepimpinan ini.

2. Apakah kualiti atau ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang pemimpin atau pengetua yang berkesan dalam sesebuah organisasi ?

    Pemimpin atau pengetua yang berkesan akan dapat memastikan kejayaan dan perlaksanaan strategi di sesebuah sekolah cemerlang. Ainscow (1991) menyatakan seorang pengetua yang berkesan harus mempunyai kualiti seperti berikut iaitu:
  • Mempunyai visi untuk organisasi
  • Berkebolehan untuk menyampaikan visi untuk memperolehi komitmen staf.
  • Menukarkan visi kepada tindakan.
  • Stail pengurusan terbuka tetapi tegas.
  • Percaya kepada kebolehan staf.
  • Keazaman menetapkan objektif yang mencabar.
  • Kebolehan merancang dengan fleksible.
  • Kebolehan memperolehi segala sumber terutamanya sumber manusia.
  • Kebolehan memberi motivasi kepada staf. 

Menurut Clark F (1996) pemimpin berkualiti ialah mereka yang mempunyai halatuju yang jelas, dapat menyesuaikan diri dengan perubahan, dapat menyusun, memotivasi dan memberi dorongan kepada stafnya. Jelasnya pemimpin ini mempunyai strategi, dasar, struktur dan budaya. Ubben dan Hughes (1997) juga menyatakan pengetua sekolah cemerlang menunjukkan gaya kepimpinan yang mantap, tegas, berwibawa dan berkemampuan mengawalsuasana yang teratur serta penekanan pada pencapaian kecemerlangan. Sementara Zaidatol (1990) menyatakan pemimpin yang berkesan ialah pemimpin yang mengambil kira kebajikan pekerja dan berkebolehan merancang dan mengelola serta mengawasiperjalanan sesuatu organisasi. Persell dan Cookson (1982) telah menjalankan kajian tentang keberkesanan kepimpinan di sekolah. Mereka telah mengenal pasti lapan ciri yang ada pada pengetua yang dapat mengurus dan mentadbir sekolah dengan berkesan. 

Lapan ciri yang perlu ada pada pengetua yang dapat mentadbir sekolah dengan berkesan ialah:
  • Menunjukkan rasa tanggungjawab terhadap matlamat sekolah.
  • Mewujudkan iklim jangkaan yang tinggi.
  • Berfungsi sebagai ketua institusi.
  • Bersedia berbincang secara berkesan dengan rakan-rakan yang lain.
  • Dapat mewujudkan suasana yang teratur dan berdisiplin.
  • Berupaya menggerakkan sumber.
  • Dapat menggunakan masa yang baik.
  • Boleh menilai keputusan.

3. Apakah kepentingan organisasi dan kepimpinan yang baik di sekolah ?

Kepimpinan merupakan kunci utama dalam sesuatu organisasi, pengurusan dan pentadbiran pendidikan di seluruh dunia. Kepimpinan yang baik amat penting di dalam sesebuah organisasi untuk mewujudkan organisasi yang baik dan berupaya maju ke hadapan. Organisasi yang baik mempunyai orentasi visi dan misi ke depan. Kepemimpinan selalunya dikaitkan dengan proses seseorang mempengaruhi orang lain supaya mengikutnya untuk melaksanakan tugas-tugas organisasi agar matlamat organisasi tercapai. Sebagai contoh, dalam erti kata lain kepemimpinan adalah proses seorang ketua kapal di laut menguruskan dan mengarah anak kapalnya agar kapal yang dinaiki itu tidak tenggelam serta sampai ke destinasi yang selamat walaupun pada satu ketika terpaksa mengharungi lautan bergelora mahupun ribut. Hal ini hanya berlaku sekiranya ketua kapal tersebut mampu memastikan anak kapalnya mendengar arahan serta menghormati keputusan yang dibuat olehnya dan mampu bekerja sebagai satu kumpulan. 


Rujukan:


Comments

Popular posts from this blog

Kepimpinan dan Organisasi di Sekolah (Dapatan kajian)