Kepimpinan dan Organisasi di Sekolah (Dapatan kajian)
DAPATAN KAJIAN
Kajian jurnal atas talian
Dapatan kajian ini adalah berdasarkan kajian daripada jurnal Nurlaili Abd Wahab & Mohd Yusof Abdullah. (2019).
Kepimpinan Guru Besar di Sekolah Agama Kerajaan A
Menerusi kajian jurnal yang dirujuk, gaya kepimpinan di sekolah agama kerajaan A diukur melalui tiga jenis gaya kepimpinan iaitu gaya kepimpinan autokratik, demokratik dan lepas bebas. Hasil kajian deskriptif yang dijalankan bagi melihat ketiga-tiga jenis gaya kepimpinan tersebut ditunjukkan dalam jadual 1.
Menurut data analisis deskriptif jurnal tersebut,
hasil analisis yang sepadan ditunjukkan dalam jadual 1. Sebanyak 30 item telah
diajukan kepada 300 orang responden yang terdiri daripada kalangan guru-guru di
sekolah agama kerajaan A bagi mengukur gaya kepimpinan guru besar sekolah
tersebut. Daripada jumlah tersebut, boleh dilihat hasil analisis gaya
kepimpinan autokratik ialah nilai min 3.88, manakala gaya kepimpinan demokratik
ialah nilai min 3.88, dan gaya kepimpinan lepas bebas ialah nilai min 3.80.
Hasil daripada analisis tersebut juga telah menunjukkan bahawa di antara
ketiga-tiga gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar sekolah agama
kerajaan A, responden memberi maklum balas bahawa gaya kepimpinan autokratik
dan gaya kepimpinan demokratik berada pada tahap tinggi dan nilai min bagi kedua-dua
gaya kepimpinan tersebut adalah sama. Manakala gaya kepimpinan lepas bebas pula
berada pada tahap yang sedikit kurang daripada gaya kepimpinan autokratik dan
gaya kepimpinan demokratik.
Tahap pengurusan kerja Guru Besar di Sekolah Agama Kerajaan A di Daerah A
Menerusi kajian jurnal yang sama, sebanyak 10 item telah diajukan kepada 300 orang responden bagi mengukur tahap pengurusan kerja guru besar. Hasil kajian bagi melihat tahap pengurusan kerja guru besar ditunjukkan dalam jadual 2.
Hasil analisis
daripada dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa pengurusan kerja berada
pada tahap tinggi dengan nilai min 3.85. Ini menunjukkan bahawa responden memberi
maklum balas yang positif terhadap pengurusan kerja guru besar di sekolah.
Tahap Kepuasan Kerja Guru di Sekolah Agama di Daerah A
Pengkaji juga telah
membuat analisis data kajian untuk mengenal pasti tahap kepuasan kerja guru di
Sekolah Agama Kerajaan A di Daerah di daerah tersebut. Sebanyak 20 item telah
diajukan kepada 300 responden bagi mengukur tahap kepuasan kerja guru dan
hasilnya ditunjukkan dalam jadual 3.
Hasil analisis daripada
jurnal tersebut menunjukkan bahawa kepuasan kerja guru berada pada tahap yang tinggi
dengan nilai min 3.85. Ini menunjukkan bahawa responden setuju dengan gaya
kepimpinan dan pengurusan kerja yang diamalkan guru besar di sekolah tersebut.
Hubungan Gaya Kepimpinan dan Pengurusan Kerja Guru Besar dengan Kepuasan Kerja Guru di Sekolah Agama Kerajaan A di Daerah A
Seterusnya, analisis
data kajian ini juga dilakukan oleh pengkaji bagi mengenal pasti hubungan gaya
kepimpinan dan pengurusan kerja guru besar dengan kepuasan kerja guru dengan
menggunakan ujian korelasi Pearson.
Hasil daripada analisis korelasi pearson tersebut, didapati bahawa
hubungan antara gaya kepimpinan keseluruhan guru besar dengan kepuasan kerja
guru adalah positif dengan hubungan signifikan dan nilai pekali (r=0.561**) manakala
hubungan antara pengurusan kerja guru besar dengan kepuasan kerja guru juga
positif dengan hubungan signifikan dan nilai pekali (r=0.680**). Dapatan ini
menggambarkan bahawa semakin baik gaya kepimpinan dan amalan pengurusan kerja yang
diamalkan guru besar, semakin baik kepuasan kerja yang dialami guru-guru.
Hubungan Gaya Kepimpinan Autokratik, Demokratik, Lepas Bebas dan Pengurusan Kerja Guru Besar dengan Kepuasan Kerja Guru di Sekolah Agama Kerajaan A Di Daerah A
Akhir sekali, menerusi kajian journal
tersebut, analisis data kajian juga dilakukan bagi mengenal pasti hubungan gaya
kepimpinan autokratik, demokratik, lepas bebas dan pengurusan kerja guru besar
dengan kepuasan kerja guru di Sekolah Agama Kerajaan A di Daerah tersebut dengan
menggunakan ujian korelasi Pearson.
Menerusi hasil analisis korelasi Pearson jurnal yang dikaji, didapati
bahawa ketiga-tiga jenis gaya kepimpinan guru besar berhubung secara positif
dan signifikan dengan kepuasan kerja guru. Secara spesifiknya, nilai pekali
tertinggi antara gaya kepimpinan autokratik (r=0.604) diikuti gaya kepimpinan
demokratik (r=0.527) dan gaya kepimpinan lepas bebas (r=0.477). Dapatan ini
menggambarkan bahawa ketiga-tiga jenis gaya kepimpinan berhubung dengan
kepuasan kerja guru-guru.
Daripada jadual tersebut, dapat dilihat bahawa kekuatan perhubungan
antara gaya kepimpinan guru besar dengan kepuasan kerja guru menunjukkan
hubungan langsung. Hasil analisis korelasi Pearson jurnal yang dikaji mendapati
bahawa hubungan antara pengurusan guru besar dengan kepuasan kerja guru adalah
positif dengan hubungan signifikan dan nilai pekali (r=0.680**). Dapatan ini
menggambarkan bahawa semakin baik amalan pengurusan yang diamalkan guru besar,
semakin baik kepuasan kerja yang dialami guru-guru.
Struktur / Carta Organisasi di Sekolah
Di sekolah,
struktur organisasi perlu diurus dengan bijaksana dan ditadbir dengan sempurna
dan cekap (Zaidatol, 1990). Carta organisasi sekolah bermula
daripada Pengetua dan diikuti dengan Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum dan Kaunselor. Penolong Kanan
Pentadbiran terbahagi kepada dua bahagian kerja iaitu bahagian pentadbiran dan
bahagian kurikulum. Bahagian kurikulum sendiri pula terbahagi kepada dua iaitu
Guru Kanan Matapelajaran yang diketuai oleh Ketua Panitia bagi setiap mata
pelajaran dan pusat sumber. Seterusnya Penolong Kanan Hal Ehwal Murid harus
mengendalikan empat kerja iaitu dari segi disiplin, pendaftaran pelajar, kantin
dan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Penolong Kanan Kokurikulum pula
ditugaskan untuk mengendalikan dua bahagian iaitu bahagian sukan dan bahagian
kelab. Sukan terbahagi kepada dua iaitu rumah sukan dan olahraga ataupun
dikenali sebagai permainan. Bahagian kelab juga mempunyai dua bahagian iaitu
persatuan dan unit beruniform. Akhir sekali, Kaunselor merupakan satu jawatan
yang penting dalam membentuk sahsiah yang baik dalam diri pelajar dan tugasnya
adalah dalam bimbingan dan kerjaya.
Jawatan dan peranan secara terperinci:
PENGETUA
- Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan.
- Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah.
- Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.
SENARAI TUGAS PENGETUA
1. PENTADBIRAN
- Melaksanakan segala prosedur perlantikan dan pengesahan dalam jawatan semua kakitangan di bawah kelolaan dan bidang kuasanya.
- Melaksanakan prosedur bagi menamatkan perkhidmatan perletakan, persaraan, penggantungan, pelepasan guru-guru dan kakitangan.
- Mengambil langkah-langkah tertentu yang berhubung kait dengan soal percutian kakitangan di sekolahnya.
- Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja dan tugas kakitangan sekolahnya.
- Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab guru dan kakitangan sokongan.
- Menyimpan dan menyelenggarakan rekod-rekod peribadi guru dan kakitangan bukan guru.
- Menyediakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Berkala, Laporan Sulit Khas, dan Laporan Nilaian Prestasi Khas bagi semua kakitangan di bawahnya.
- Meluluskan permohonan penggunaan bangunan dan kemudahan yang ada di sekolah mengikut syarat-syarat yang dibenarkan oleh pihak yang berkuasa.
- Merancang dan memastikan pelaksanaan takwin sekolah yang telah disusun dan ditetapkan itu berjalan dengan lancar.
- Menjadi pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah.
- Menjadi Penasihat Persatuan Ibu Bapa Guru dan memastikan bahawa segala keputusan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.
- Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di peringkat sekolah yang melibatkan guru dan kakitangan.
- Menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah, Zon Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia atau jabatan-jabatan kerajaan yang lain.
2. PENGURUS KOKURIKULUM
- Menyelia dan mengawal polisi dan objektif sekolah selaras dengan polisi Kementerian Pendidikan.
- Menentukan sasaran sekolah, merancang peningkatan pengajaran dan pembelajaran.
- Memastikan guru mengajar berpandukan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran rnengjkut peruntukan waktu yang ditetapkan.
- Menentukan kualiti dan kuantiti kerja pelajar serta pemeriksaan buku pelajar.
- Menentukan polisi-polisi mengenai penilaian dan peperiksaan dilaksanakan. Data-data analisis peperiksaan digunakan untuk perancangan dan tindakan susulan.
- Menyelia dan mencerap proses P&P.
- Memeriksa Buku Rekod Mengajar Guru, Buku Kemajuan Pelajar, Buku Profil, Buku Kedatangan Pelajar dan Buku Kegiatan Kokurikulum dari masa ke masa.
- Menentukan dasar tugas pengajaran guru bagi penyediaan jadual waktu.
- Menentukan keberkesanan pengguna PSS.
- Memastikan panitia matapelajaran melaksanakan strategi dan program pendidikan dengan berkesan.
- Memastikan polisi untuk aktiviti kokurikulum.
3. PEMBANGUNAN
DIRI PELAJAR
- Mernastikan pelaksanaan program pembangunan diri pelajar, Kemahiran Mengurus Diri, Kemahiran Belajar dan Motivasi.
- Menentukan polisi-polisi mengenai pelaksanaan disiplin sekolah.
4. PENGURUSAN
DAN PEMBANGUNAN
- Memastikan pendaftaran kemasukan dan pertukaran pelajar.
- Menyemak Buku Jadual Kedatangan Pelajar.
- Menentukan proses pemberian biasiswa dan bantuan-bantuan lain kepada pelajar dijalankan dengan adil dan mengikut prosedur yang ditentukan.
- Memastikan Skim Pinjaman Buku Teks dilaksanakan dengan adil dan baik.
- Memastikan polisi peperiksaan awarn dilaksanakan mengikut peraturan.
- Menandatangani surat akuan serta sijil berhenti sekolah.
- Memastikan program-program kesihatan dijalankan dengan sempurna.
- Bertanggungjawab di atas penggantungan dan pembuangan pelajar.
- Mengambil langkah-Iangkah menjaga keselamatan pelajar semasa berada di sekolah.
- Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berfungsi dengan baik.
5. KEWANGAN
- Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan.
- Mengawal dan menyemak pembenan perkapita, gaji guru dan staf sokongan, rekod akaun, laporan penyata kewangan dan punca-punca kewangan SUWA,KERAJAAN DAN ASRAMA.
- Memastikan penyediaan penyata akaun sekolah yang belum diaudit dan dokumen-dokumen sokongan serta membuat tindakan susulan ke atasnya.
- Mengawal stok dan harta benda sekolah.
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN (PKP)
- Melaksanakan dan menjalankan segala tugas dan tanggungjawab pengetua semasa ketiadaannya di sekolah.
- Mengajar sebilangan daripada waktu mengikut arahan pengetua yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
- Bertanggungjawab kepada pengetua dalam soal-soal yang berhubungkait dengan kurikulum, pentadbiran dan pengurusan sekolah, hubungan dengan masyarakat dan juga keselamatan.
- Membantu pengetua dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah yang mempunyai sidang petang.
- Memberi segala bantuan kepada pengetua dalam tugas menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
- Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan, pengurusan dan pelaksanaan program dan projek sekolah.
SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN PENTADBIRAN (PKP)
1. PENTADBIRAN
- Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data, maklumat dan juga perangkaan yang diperlukan dari semasa ke semasa.
- Membantu merancang takwin sekolah dan dalam menentukan program aktiviti sepanjang tahun.
- Membantu menyelia kerja-kerja semua guru dan kakitangan bukan guru.
- Membantu dan menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dalam menentukan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.
- Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk audit tahunan yang teratur bagi sekolahnya.
- Menyelaras bagi semua pungutan yuran seperti wang runcit, sewa, asrama, sukan dan permainan dan sebagainya.
- Menjadi ahli Lembaga Tatatertib Sekolah dengan memberi pandangan terhadap salah laku pelajar dengan mengambil bahagian cergas dalam mesyuaat dan juga perbincangan.
- Menandatangani semua cek sekolah bersama-sama dengan Guru Besar dan juga Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru.
2. KEBERSIHAN DAN KEINDAHAN SEKOLAH
- Membantu dalam merancang dan menyedia program bagi kebersihan dan keindahan sekolah.
- Memastikan bahawa program keceriaan sekolah dilaksanakan dengan jayanya oleh mereka yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakannya.
3. KESELAMATAN
- Merancang segala langkah keselamatan sekolah bersama-sama dengan Guru Besar.
- Merancang dan melaksanakan bersama-sama dengan Guru Besar, latihan mencegah kebakaran dan kegiatan-kegiatan seumpamanya.
4. KANTIN
- Membuat penyeliaan kantin sekolah bersama-sama dengan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
5. BUKU TEKS
- Menentukan pemilihan dan penggunaan semua buku teks dan juga buku rujukan sekolah
6. PENGURUSAN
- Membantu dalam penentuan tugas guru / kakitangan sokongan.
- Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan / kursus / latihan untuk guru / kakitangan.
- Membantu menyelenggara dan penyelaras kutipan data / maklumat dan perangkaan.
- Membantu merancang takwim sekolah.
- Membantu menyelia kerja-kerja kakitangan sokongan.
- Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.
- Menyelaras semua jenis kutipan yuran.
- Menjadi ahli jawatankuasa pelaporan tatatertib sekolah.
Rujukan:
- Nurlaili Abd Wahab & Mohd Yusof Abdullah. (2019). Hubungan Gaya Kepimpinan dan Pengurusan Kerja Guru Besar dengan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Agama Kerajaan Johor. Jurnal ILMI 8(1), 136-150. Diperoleh daripada http://www.kuim.edu.my/journal/index.php/JILMI/article/download/355/305
- Hamidah Yusof & Ching, K. Y. (2014). Gaya Kepimpinan Pengetua dan Hubungannya Dengan Keberkesanan Sekolah. Management Research Journal, 3, 93-106. diperoleh daripada http://ejournal.upsi.edu.my/index.php/MRJ/article/view/1492
- Rosnah Ishak, Mohd Faizal A. Ghani & Saedah Siraj. (2017). Amalan kepimpinan organisasi pembelajaran di sekolah berprestasi tinggi Malaysia. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 1(2), 1-12. Diperoleh daripada https://sare.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/view/8290






Comments
Post a Comment