Posts

Kepimpinan dan Organisasi di Sekolah (Perbincangan)

Image
PERBINCANGAN 1. Apakah gaya kepimpinan yang paling sesuai diamalkan oleh pengetua sekolah ? Gaya kep impinan yang berkesan untuk dilaksanakan disekolah ialah gaya kepimpinan demokratik. Gaya kepimpinan demokratik merupakan jenis kepimpinan yang lebih liberal. Di mana Pengetua akan berbincang terlebih dahulu dengan para guru, melalui cara ini Pengetua akan menerima dan memberi pandangan beliau terhadap perkara yang dibincangkan. Dan keputusannya adalah berdasarkan persetujuan majoriti. Kepimpinan demokratik ini amatlah digalakkan untuk diguna pakai oleh setiap organisasi kerana ianya menggalakkan percambahan minda serta dapat menerima pandangan dari guru-guru lain. Cara ini mampu memulihkan sesuatu masalah dengan baik kerana setiap guru mempunyai idea dan cadangan masing-masing. Melalui perkongsian idea ni, Pengetua mampu memilih cara yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Pandangan guru yang diberikan akan diambil perhatian oleh pihak pengurusan sekolah....

Kepimpinan dan Organisasi di Sekolah (Dapatan kajian)

Image
DAPATAN KAJIAN Kajian jurnal atas talian  Dapatan kajian ini adalah berdasarkan kajian daripada jurnal   Nurlaili Abd Wahab & Mohd Yusof Abdullah. (2019). Kepimpinan Guru Besar di Sekolah Agama Kerajaan A  Menerusi kajian jurnal yang dirujuk, gaya kepimpinan di sekolah agama kerajaan A diukur melalui tiga jenis gaya kepimpinan iaitu gaya kepimpinan autokratik, demokratik dan lepas bebas. Hasil kajian deskriptif yang dijalankan bagi melihat ketiga-tiga jenis gaya kepimpinan tersebut ditunjukkan dalam jadual 1.      Menurut data analisis deskriptif jurnal tersebut, hasil analisis yang sepadan ditunjukkan dalam jadual 1. Sebanyak 30 item telah diajukan kepada 300 orang responden yang terdiri daripada kalangan guru-guru di sekolah agama kerajaan A bagi mengukur gaya kepimpinan guru besar sekolah tersebut. Daripada jumlah tersebut, boleh dilihat hasil analisis gaya kepimpinan autokratik ialah nilai min 3.88, manakala gaya kepim...